Tuesday, July 31, 2012

TERLEKA DENGAN UJIAN DARI ALLAH

31 JULAI 2012 : 3.47 PM

Semenjak dua tiga hari ni, aku rasa resah gelisah serba tak kena, apa yang ku lakukan semuanya tak menjadi, Apakah ini ujian yang diberi oleh Allah kepadaku untuk menguji keimananku?
aku terlalu memikirkan sesuatu yang diluar kotak pemikiran seorang pelajar, sedangkan sudah banyak kali Allah memberi petunjuk kepadaku...apakah  aku tidak bersyukur dengan pemberianNya kepadaku selama ini ? Ya Allah aku memohon ampun kepadaMu atas dosa2 yang telah ku lakukan ,semoga Engkau ampunkan dosaku....Amin.

Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Apakah manusia mengira bahwa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan ," kami telah beriman," dan mereka tidak diuji? ( 2 ) Dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta. ( 3) ...( Al-Ankabut : 2 dan 3 )

teringatkan ayat ini baru aku sedar bahawa ketika ini aku sedang di uji oleh Allah. Sesungguhnya Allah itu Maha pengasih lagi Maha Penyayang kepada setiap hambaNya, dan Allah tidak akan membiarkan hambaNya begitu sahaja dengan mengatakan " Kami telah beriman" sedangkan mereka tidak di uji.

Tanda-tanda seseorang itu di sayangi oleh Allah :

1. Diberikan kesedihan : kerana dengan kesedihan kita akan sentiasa menyebut namaNya

2. Diberi kesakitan : kerana apabila kita sakit, kita sentiasa akan memohon  kesembuhan dariNya

3. Diberi kesusahan : kerana dengan adanya kesusahan maka kita akan sentiasa memohon kepadaNya
untuk kesenangan dan mengajar kita erti redha.

4. Diberi kehilangan : kerana dengan kehilangan kita akan meminta yang terbaik dari Allah.

5. Diberi penderitaan : kerana jiwa yang menderita akan selalu dekat pada Allah

6. Diberi kemiskinan : kerana Allah mahu kita sentiasa meminta hanya padaNya

7. Diberi kehinaan : kerana Allah mahu kita memohon kemuliaan dariNya

Jadi kesimpulan dari 7 tanda yang Allah sayang pada seseorang ialah  hendaklah seseorang itu sentiasa bersyukur dengan apa sahaja yang Allah tentukan ke atas dirinya kerana semua itu sudah tertulis di lauhul mahfuz..

selepas ini aku mesti bersyukur dengan apa yang Allah berikan padaku,kerana sebesar2 nikmat yang Allah beri ketika ini kepadaku ialah aku dikelilingi oleh orang-orang yang baik dan itu juga suatu petanda yang aku akan jadi baik seperti mereka. semoga Allah qabulkan permintaanku ini.,

amin amin amin Ya Rabbal alamin..