Wednesday, March 12, 2008

taqwa dan perpaduan asas keselamatan di akhir zaman

Daripada Abi Najih Irbadh bin Sariyahra. berkata:"Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw.
akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya,lalu kami berkata:Ya Rasulullah! seolah² ini adalah nasihat yang terakhir sekali
maka berilah pesanan kepada kami. Lalu baginda pun bersabda :"Aku berwasiat kepada kamu supaya sentiasa bertaqwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun
yang memim pin kamu itu adalah hamba.Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak.Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah² yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar)dan gigitlah sunnah² itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara² yang baharu (bid'ah)yang diada-adakan,kerana sesungguhnya bid'ah itu adalah sesat."