Saturday, January 24, 2009

BILA HATI BERBICARA

Assalamualaikum,

Alhamdulillah bersyukur saya kehadrat Ilahi yakni tuhan sekalian alam,selawat dan salam buat Rasul junjungan Muhammad S.A.W. Disini saya akan menaip suatu benda yang telah lama saya pendamkan dalam hati, adapun ketika ini kita banyak melihat tentang perkara² yang bercanggah yang selalu di timbulkan oleh pihak yang tidak memahami akan perihal agama.

Walaubagaimanapun disini saya tidak bersetuju dengan cara mereka yang mengatakan faham akan perihal agama tetapi hakikatnya jauh sekali seperti apa yang mereka katakan.Apabila kita melihat keadaan pimpinan ketika ini mereka hanya melihat pada aspek pembangunan negara,sedangkan dari aspek agam ini mereka hanya mengambil remeh saja,umpama perkara agama ini suatu yang biasa bagi mereka.

Alangkah baiknya sekiranya mereka ini bermuhasabah dan selalu beristighfar supaya dijauhkan dari sifat mazmumah.Buangkanlah ego diri dan ingat kembali pada yang Esa, usah ikutkan kata hati yang tidak berlandaskan jalan yang lurus dan berpandukan hukum sumber Islam iaini Al-quran DanAssunnah.

Disini saya merasa kesal kerana tidak dapat membuat apa² kerana saya lemah dari aspek untuk menuturkan atau melontarkan apa yang saya tahu.jadi dengan adanya penulisan saya ini dapatlah saya meluahkan suara hati saya yang telah lama terpendam. Adapun peringatan ini adalah ditujukan kepada sesiapa sahaja yang duduk di kerusi kepimpinan.Janganlah jadi pemimpin yang sombong apabila ditegur bila melakukan kesalahan tidak boleh terima.Sia² pelantikan pemimpin sekiranya pemimpin itu seorang yang tidak mahu mengambil cakna dalam perkara agama.

Sepertimana yang kita lihat khilafah² yang terdahulu sebagai contoh Umar Abdul Aziz,bagaimana cara beliau mendidik diri beliau ketika beliau berada di pucuk pimpinan takutnya beliau kepada Allah sehinggakan ketika zaman pemerintahannya itu serigala pun takut nak makan kambing dan setiap hasil negara yang diperolehi di masukkan ke dalam baitulmal,bukan digunakan untuk keperluan dirinya sendiri,sehinggakan juga zaman pemerintahan beliau tiada yang sampai tahap fakir kerana amanah dan bertanggungjawabnya beliau terhadap tugasan yang telkah diberikan kepada beliau.

Oleh itu sedarlah wahai mereka yang duduk dikerusi pimpinan contohilah sperti mana yang dilakukan oleh khilafah Umar Abdul Aziz yang mana hidup matinya kerana Allah semata².

Dengan ini, saya berpesan kepada diri saya serta mereka yang berada di kerusi pimpinan amanahlah dengan apa jua tugasan yang telah diberikan serta adil lah dengan apa sekali cara pun.sekian wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikumwarahmatullahi wabarakatuh.

Sunday, December 28, 2008

LUAHAN HATI TERHADAP SERANGAN KE ATAS PALESTIN

Assalamualaikum,


Alhamdulillah saya panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya menukilkan sedikit luahan hati yang dah lama terbuku di dalam dada ini...tidak lupa juga selawat dan salam kepada junjungan besar kita Saidina Muhammad SAW.

Hari ini sepertimana yang kita telah lihat saudara kita di Palestin telah di tindas dan di serang oleh Israel laknatullah. Persoalan yang hendak saya timbulkan di sini ialah apakah kita hari ini tidak merasa sesuatu kezaliman telah berlaku terhadap saudara
-saudara kita di sana?

Saudara-saudara sekalian kita ini merupakan pelajar yang memegang amanah yang paling besar dimuka bumi Allah ini, jd kita perlu sedar betapa besarnya tanggungjawab yang harus kita pikul untuk menegakkan agamaNya. Di sini juga kita perlu ingat keadilan tidak akan tertegak sekiranya kita berdiam diri sahaja, akan tetapi keadilan itu akan tertegak apabila kita sendiri bangkit dan terus mengorak langkah untuk menegakkannya.

Ketika ini kita sibuk berseronok dan bersuka ria sedangkan mereka di sana berduka serta
menderita akibat serangan Israel yang tidak semena-mena dan tidak berperikemanusiaan,saya cukup merasa kesal pada diri saya kerana saya tidak dapat bersama dengan mereka untuk berjuang menegakkan Islam. Yang saya mampu hanya meluahkan rasa kesal dari apa yang telah berlaku.

Namun begitu dengan adanya penulisan saya ini dapatlah juga saya menaikkan semangat saya dalam mengenang nasib saudara-saudara kita yang berada dibumi Palestin.Saya berharap supaya suatu hari nanti Allah akan tunjukkan pada mereka(yahudi) pembalasan atas apa yang telah mereka(yahudi) lakuakan terhadap umat Islam.

Di sini sayamenyeru kepada diri saya serta saudara-saudara penbaca nukilan saya yang tidak seberapa ini supaya kita bangkit untuk terus berjuang dalam menegakkan agama Islam yang suci ini yang di mana kita sendiri mengaku sebagai penganutnya. Hendaklah kita kecam habis-habisan serangan yang berlaku terhadap saudara-saudara kita di Palestin.

Adapun mafhum daripada hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Said:
"Mereka (yahudi) tidak akan redha kepada umat Islam sehinggamana umat Islam itu sendiri mengikut cara mereka(yahudi)"..dari mafhum hadis ini kita dapat melihat betapa angkuhnya yahudi. Jadi jangan sekali-kali kita mengikut jejak langkah mereka(yahudi) kerana sesungguhnya orang yang mengikut jejak langkah mereka(yahudi)adalah dari golongan orang-orang yang zalim.

Sebelum saya menutup penulisan ini, saya sekali lagi menyeru kepada diri saya sendiri serta saudara-saudara sekalian supaya sentiasalah kita memuhasabah diri kita supaya kita dapat menilai sejauh mana kita telah korban kan diri kita untuk Islam itu sendiri. Untuk akhirnya semoga kita semua mendapat rahmat dan sentiasa di beri perlindungan daripadaNya..Amin ! Amin ! Amin ! Ya Rabbalalamin.....

Thursday, December 4, 2008

MUZAKARAH BERKELOMPOK

santai setelah selesai mendengar penerangan dari naqib zon thamin, sebenarnya
aku kena ikut muzakarah berkelompok tempat lain, uhuhuhu....
pertemuan kali pertama muzakarah berkelompok bagi zon thamin, penerangan
tentang manhaj yang akan dibawa pada pertemuan yang akan datang...

Sunday, November 30, 2008

AL QIYADAH (KEPIMPINAN) DALAM ISLAM

Adakah anda pernah mendengar tentang sesuatu pekerjaan di dunia ini yang tercapai tanpa kepimpinan? tidak dapat dinafikan bahawa membenarkan pernyataan di atas adalah semacam berkhayal , dan bertentangan dengan fitrah manusia sebagai makhluk sosial yang diciptakan untuk berkomunikasi dengan lainnya. Untuk mengatur hubungan (antara manusia) diperlukan seorang pemimpin yang memikul tanggungjawa, membimbing dan memandu pekerjaan itu untuk dapat mencapai sasarannya.

Hakikat pengutusan para rasul kepada umat manusia adalah untuk memimpin seluruh umat , dan membebaskan mereka dari kegelapan menuju cahaya. Setiap umat yang wujud di muka bumi , pasti Allah telah mengutus bagi umat itu seseorang untuk mengoreksi akidahnya dan meluruskan peyimpangan para individu umat tersebut.

ولقد بعثنا في كل أمة رسولا أن اعبدوا الله وجتنبوا الطاغوت

maksudnya : Dan sesungguhnya kami telah mengutus seorang rasul pada tiap umat (untuk menyerukan) ; "Sembahlah Allah (semata), dan jauhilah thaghut itu..."(QS. An-Nahl : 36)

Makna hakiki kepimpinan dalam Islam adalah merealisasikan khilafah di muka bumi
, demi mewujudkan kebaikan dan proses islah. Perintah Allah demikian jelas dalam firmanNya :

فلا وربك لا يؤمنون حتى يحكموك فيما شجر بينهم ثم لا تجدوا في أنفسهم حرجا مما قضيت ويسلموا تسليما

maksudnya : Maka demi tuhanmu, mereka tidak beriman hingga menjadikan kamu sebagai hakim dalam perkara yang mereka perselisihkan, lalu mereka tidak merasa keberatan dalam diri mereka terhadap keputusan yang kamu berikan, dan mereka terima dengan sepenuhnya(QS. An-Nisa' : 65)

Nabi S.A.W memerintahkan al qiyadah walau dalam perkumpulan yang berjumlah sedikit, atau sasarannya sederhana. Baginda bersabda :

اذا خرج ثلاثة في سفر فليؤمروا أحدهم
maksudnya : "jika tiga orang keluar dalam suatu perjalanan , maka hendaklah mereka menangkat salah satu di antaranya sebagai pemimpin."(HR.Abu Daud)

Lalu apa pendapat anda terhadap perkumpulan yang berjumlah banyak dan sasarannya tinggi...! Tentu lebih lagi. Untuk itulah , para ulama' Islam sangat memerhatikan tema al-qiyadah (kepimpinan). Sebab, kewujudan al-qiyadah (kepimpinan) merupakan salah satu tiang agama , di mana agama tidak akan sempurna tanpa qiyadah (kepimpinan).

Sunday, July 6, 2008

PENGKHABARAN DARI RASULULLAH

KAUM MUSLIMIN AKAN MENAKLUKI MESIR :

Diriwayatkan oleh Malik dan Laith dari Zuhri,dari Ibnu Ka'abbin Malik,dari ayahnya,bahawasanya Rasulullah SAW bersabda ,"Jika kamu telah menakluki Mesir,maka berwasiatlah kepada penduduknya."Dan pada riwayat yang lain ,"maka berwasiatlah kepada penduduknya dengan baik,kerana diantara mereka ada Ahlu Zimmah dan mereka bersifat penyayang."

Dan Mesir telah ditakluki oleh 'Amr bin 'Ash pada tahun 20 hijrah pada masa pemerintahan Umar bin Khatab. Dan di dalam Shahih Muslim, dari Abu Zar dari Rasulullah SAW ,"Bahawasanya kamu akan menakluki sebuah tempat ,yang disebutkan bahawa yang didalamnya terdapat Qirat,maka berwasiatlah dengan penduduknya dengan wasiat yang baik,kerana diantara mereka ada Ahlu Zimmah dan orang-orang yang penyayang."

HADITH QUDSI

Dari Hadith Qudsi:
Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu: 1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat 2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah 3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung 4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah 5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik 6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak 7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum 8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular 9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat. 10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai 11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat Mudah-mudahan dapat menimbul

WASIAT NABI YAAKUB KEPADA ANAKNYA BUNYAMIN

Wasiat Nabi Yaakub kepada anaknya Bunyamin :
Wahai anakku, Janganlah kamu mengikut hawa nafsu kerana ia akan memisahkan kamu dengan iman, Janganlah kamu berburuk sangka dengan Allah kerana ia akan memahjubkan doamu dari di makbulkan Allah, Janganlah kamu bercakap tentang perkara yang tidak memberi faedah kerana ia akan menjadikan kamu hina pada pandangan Allah, Janganlah kamu melakukan kezaliman terhadap satu pun dari makhluk Allah kerana syurga tidak dicipta buat orang-orang yang zalim. -Tidak kulakarkan wasiat ini buat orang lain kecuali mata yang paling dekat untuk menatap wasiat ini…